Thursday, February 17, 2011

~ Syukur Alhamdulillah ~

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah.. sesi radioterapi ayah yang dijalankan pada Rabu (16 Februari 2011) berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Ayah nampak sangat bersemangat dan ceria sepanjang berada di Bahagian Perkhidmatan Radioterapi, Institut Radiologi dan Onkologi, HKL. Saya bersama Along menemani ayah sepanjang menjalani rawatan. Rawatan yang hanya berlangsung tidak lebih 10 minit itu bertujuan untuk mengawal sel kanser yang telah menjangkiti tulang rusuk ke-4 paru-paru kanan ayah.

Ayah menjalani solat Zohor di ruangan menunggu

 Ayah dan Along, cucu pertama dan "kesayangan" ayah

 Proses melakar kawasan yang akan dilakukan radioterapi

 Bilik rawatan radioterapi dan juga CT simulasi
Mesin CT simulation yang digunakan dalam pengenalpastian kawasan paru-paru kanan ayah yang akan dilakukan radioterapi 

Sehari selepas rawatan dijalankan, mak memaklumkan bahawa ayah benar-benar keletihan, asyik tidur sepanjang hari. Syukur Alhamdulillah, hanya itu kesan ketara akibat rawatan tersebut, di samping kulit ayah yang agak kemerah-merahan di dada kanan. Doktor telah memaklumkan terlebih dahulu bahawa antara kesan rawatan radioterapi adalah pening, muntah, keletihan melampau, kulit menjadi kemerahan-merahan dan kehilangan selera makan.

Selepas sesi radioterapi selesai, kami diberitahu untuk berjumpa dengan Dr Zabedah Othman, Pakar Onkologi HKL yang bertanggungjawab atas perancangan rawatan kanser ayah. Dr Zabedah, seorang insan yang amat merendah diri, sangat bijak menangani pesakit dan amat mengambil berat kebajikan pesakitnya. Saya berdoa kepada Allah agar dikurniakan kebahagian dan keberkatan di dunia dan akhirat kepada seorang insan mulia yang berhati tulus ini...

Dr Zabedah memaklumkan perancangan rawatan ayah yang seterusnya, di mana ayah akan menjalani kemoterapi pada Isnin akan datang iaitu pada 21 Februari 2011. Beliau juga menasihati agar ayah mendaftar masuk ke wad bagi memudahkan proses rawatan dibuat. Ayah, dengan pujukan saya, bersetuju untuk mendaftar masuk ke wad untuk menjalani rawatan kemoterapi di sana. Di sana, kesan kemoterapi ke atas ayah akan lebih mudah dipantau oleh pihak hospital.

Syukur Alhamdulillah sekali lagi... Allah amat memudahkan perjalanan kami dalam urusan perawatan penyakit ayah.. Mungkin atas usaha semua anak-anak yang tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk memudahkan perjalanan hidup ayah dan mak di dunia dan akhirat.. Semoga Allah terus memberkati kami yang amat mendambakan pertolonganNya...

Sekian, dulu untuk kali ini.. Akan dicoretkan lagi lakaran kehidupan yang boleh dijadikan iktibar bersama.
 Ayah Tersayang

Juga Mak Tersayang

2 comments:

  1. Alhamdulillah Dr.Zabedah@Kak Bedah adalah seorang insan yang sangat prihatin tentang kebajikan pesakitnya. Saya adalah pesakitnya tetapi dirawat di Hospital Pusrawi. Setiap kali selepas ujian,beliau akan menelefon saya secara peribadi menerangkan panjang-lebar keputusannya dan kan memberitahu apakah prosedur seterusnya..kemudian apabila beliau tiba di Pusrawi, sekali lagi beliau akan menbuat penerangan semasa berjumpa saya di wad. Tengah malam atau awal pagi pun beliau akan call saya jika ada apa2 penerangan yang perlu disampaikan. Beliau pernah hampir2 membatalkan cuti hanya kerana saya seorang yang sedang dirawat di Pusrawi pada ketika itu, Alhamdulillah demam denggi saya bertambah baik dan boleh pulang ke rumah dan beliau pun bolehlah bercuti.

    Setiap kali berjumpa, peluk cium itu sudah pasti, pesanan yang tidak pernah lupa beliau sampaikan setiap perjumpaan atau semasa membuat panggilan ada' Doa selamat ye dik!' Sungguh terharu...dengan beliau saya boleh berkongsi apa sahaja masalah..Saya memang sentiasa rekomenkan kawan berjumpa beliau jika ingin mendapatkan rawatan. Menatap wajah dan mendengar suaranya sahaja dah cukup menggembirakan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Dr.Zabedah@Kak Bedah adalah seorang insan yang sangat prihatin tentang kebajikan pesakitnya. Saya adalah pesakitnya tetapi dirawat di Hospital Pusrawi. Setiap kali selepas ujian,beliau akan menelefon saya secara peribadi menerangkan panjang-lebar keputusannya dan kan memberitahu apakah prosedur seterusnya..kemudian apabila beliau tiba di Pusrawi, sekali lagi beliau akan menbuat penerangan semasa berjumpa saya di wad. Tengah malam atau awal pagi pun beliau akan call saya jika ada apa2 penerangan yang perlu disampaikan. Beliau pernah hampir2 membatalkan cuti hanya kerana saya seorang yang sedang dirawat di Pusrawi pada ketika itu, Alhamdulillah demam denggi saya bertambah baik dan boleh pulang ke rumah dan beliau pun bolehlah bercuti.

    Setiap kali berjumpa, peluk cium itu sudah pasti, pesanan yang tidak pernah lupa beliau sampaikan setiap perjumpaan atau semasa membuat panggilan ada' Doa selamat ye dik!' Sungguh terharu...dengan beliau saya boleh berkongsi apa sahaja masalah..Saya memang sentiasa rekomenkan kawan berjumpa beliau jika ingin mendapatkan rawatan. Menatap wajah dan mendengar suaranya sahaja dah cukup menggembirakan.

    ReplyDelete