Thursday, February 24, 2011

~ Saranan Pemakanan Pesakit Kanser ~

Assalamualaikum,

Puas rasanya bila semalaman dapat tidur sambil memeluk mak tersayang, terima kasih kepada suami tercinta, kerana mengizinkan isterinya ini menghabiskan masa dengan mak dan ayah untuk malam terakhir mereka di sini. Saya akan setia menanti kedatangan mak dan ayah kembali ke sini untuk rawatan ayah berikutnya pada 13 Mac 2011.




Ayah seorang yang amat menekankan soal disiplin, maklumlah, bekas guru besar. Ayah kuat berpantang, terutamanya selepas serangan jantung yang ayah alami 9 tahun yang lalu. Begitu juga dengan mak, amat tegas dalam memastikan ayah tidak berpesong daripada jadual pemakanan yang perlu ayah turuti.



Sejak didiagnos dengan penyakit kanser paru-paru, ayah disaran untuk berpantang, tak boleh makan daging (terutamanya kambing - ayah's favourite), ayam, sayur-sayur yang sejuk, buah-buah yang masam dan juga mengurangkan makanan berminyak. Ayah akur. Ayah kehilangan selera makan yang kronik, hingga susut 13 kg berat badan dalam tempoh masa yang singkat.



Walaubagaimanapun, sejak rawatan kemoterapi tempoh hari, ayah menjadi sangat berselera untuk makan. Pastinya disebabkan oleh pil-pil vitamin tambahan yang perlu ambil saban hari meningkatkan selera makan ayah. Dalam kegembiraan melihat selera ayah yang semakin baik, timbul juga rasa gusar, bila ayah mula meminta untuk makan makanan-makanan 'terlarang'..

Saya mencari informasi dari internet, berhubung makanan-makanan yang perlu dijauhkan oleh pesakit kanser, terutamanya yang sedang di bawah rawatan kemoterapi, juga makanan-makanan yang perlu disarankan kepada pesakit kanser.

Makanan yang wajib dijauhkan:

  • Semua jenis daging merah (lembu, kambing dan seangkatan dengannya..) - ini merupakan MAKANAN kepada sel kanser! 
  • Susu penuh krim
  • Minyak terhidrogen seperti marjerin, atau makanan yang mengandungi minyak terhidrogen
  • Makanan berlemak dan lemak haiwan (termasuklah keju, yogurt) 
  • Makanan yang digoreng dalam jangka masa lama

Makanan yang disarankan untuk dilebihkan pengambilan:

  • Labu
  • Lobak merah
  • Sayur hijau
  • Brokoli, kobis, bunga kobis, bronkoli sprout                           
  • Soya, kacang
  • Tomato yang dimasak
  • Bawang putih
  • Ayam yang 97% bebas lemak
  • Ikan salmon atau ikan-ikan lain
  • Minyak zaiton untuk memasak
  • Walnut
  • Beras perang
  • Oatmeal
  • Buah-buah segar, terutamanya blueberries dan strawberi
  • Teh hijau
  • Anggur merah dan anggur hitam
  • Jus anggur (1 cawan sehari)
  • Jus oren (2 cawan sehari)
  • Buahan yang dikeringkan (kurang manis) - apricot, kurma, prun

Sempat juga saya melayari blog rawatkanser.blogspot.com yang menyenaraikan makanan-makanan yang perlu dijauhi oleh pesakit kanser, yang lebih kurang sama dengan senarai di atas: 

  • Produk tenusu - keju, susu segar, mentega
  • Makanan laut - gamat, sotong, dll
  • Minuman: kopi, teh, minuman bercoklat
  •  Daging: daging merah seperti daging lembu, kambing, unta, rusa dll
  • Sayur dan buah yang bergetah dan berangin seperti nangka, suku, cempedak, kundur, dll
  • Ikan yang bersisik - haruan, gelama, merah
  • Makan segera dan produk dalam tin: ikan sardin, laici, jagung, minuman bergas serta bahan yang mempunyai bahan pengawet
  • Makanan berjeruk - ikan masin, telur asin, budu, belacan, dll
  • Makanan yang dipanggang - sate, ikan bakar (semua yang dibakar terdapat banyak karbon yang tinggi)
  • Kulit ayam dan itik mesti dibuang
  • Makanan banyak sayuran crucifer seperti brokoli, bunga kobis, dll
  • Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan ikan air sejuk seperti salmon, tuna, tenggiri, kod
  • Makan banyak tempe, tofu dan air kacang soya
  • Makan sayuran organik
  • Makan cendawan payung, tiram, shitake 
  • Makan makanan yang banyak beta-karotin, karotinoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan lobak merah
  • Makan sayuran seperti bawang putih, bawang merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang
  • Minum air bersih yang bebas dari klorin, banyakkan air mineral
  • Jangan makan kentang, bawang yang bertunas, kerana tempat yang berturas itu tinggi dengan karsinogen atau agen kanser
  • Makan makanan seperti spirulina
  • Kurangkan minuman bergula
  • Elak kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat lemak, gula dan garam
  • Jika makan di luar, makan makanan yang berkukus, sup, reneh, stew atau oven grill
Informasi-informasi yang diperolehi ini akan digunakan sebagai panduan kami anak beranak dan juga mak dalam menguruskan soal pemakanan ayah. Semoga ayah 'akur' dengan pantang larang yang perlu dipatuhi.

Sekian, dulu untuk kali ini. 

Assalamualaikum.....

1 comment:

  1. to be honest sewaktu dlm rawatan seperti kimo & radioterapi; pesakit tak perlu drastik menukar menu; hanya elakkan daging & gula putih; serta mknanan seafood; yg lain makan jeh. sy difahamkan oleh pihak `nutirionist & dietition' kanser tidak terbentuk dgn sebegitu cepat hanya bergantung pd Faktor pemakanan! malah ada jugak Vegetarian yg mendapat Kanser.
    yg penting sewaktu dlm rawatan; pastikan dpt makanan yg berkhasiat & cukop vitamin. badan perlu sihat keranan sistem bdn adalah unik ALLAH telah jadikan Ianya boleh memulihkan sistem imunisasi & baik pulih tersendiri. Jgn bagi pesakit sedih kerana tak dpt menikmati makanan kegemaran; sy selepas 3 hari pembedahan buang rahim akibat kanser; saya makan sambal belacan sebab sy nak dptkan selera utk mkn supaya badan sy kuat utk menjalani rawatan lain. ALhamdulillah sy sihat

    ReplyDelete